fiqaasrul ♥
Holiday be like....
Thursday, December 29, 2016 • Thursday, December 29, 2016 • 0 comments


Hai assalamualaikum belog k tadi suda bagi salam -_- hahahhaha. So to-mornight aku mau cerita pasal holiday aku yang sangat holiday sebab di rumah ja. Haha k nda lucu. Dipendekkan cerita holiday aku ni penuh dengan buat kek dan main sama kucing ja. Main sama kucing tu mungkin 70 percent daripada masa yg aku luang selama ni hahaha.

Since I said I ada buat kek soooo I wanna share the gorgeous pic of my cake muahahaha.
Sini mau cerita sikit macam mana aku buat Chocolate Indulgence Cake. Alaa siapa yang selalu makan di Secret Recipe tu confirm tau lah menatang ni macam mana rupa dia, lawa ke idok, sedap ke idok. kan

Bermulalah cerita aku ni buat kek memang tengah malam sudah. Entah kenapa. Kebiasaan suda kali yaa. Buat kek tu ya laa, senang ja tutup mata pun borleeeyyyy tapi tang buat mousse tu ya ampuuuun. Kalau rumah aku ni macam bengkel bolehlah, tapi ni rumah aku. So aku buat mousse pun macam orang baru belajar padahal benda sudah banyak kali buat, hahahaha k.

Bila aku sudah siap (belum assemble kek pun) aku rasa macam pinggang mau patah pun hadooo sbb penaat plus aku sedang ... belum lagi kerja kitchen uolls, bilang mau jadi executive chef. hmmm





Chocolate Indulgence

First attempt dan menjadi. Alhamdulillah tapi kek ni sangat potong kaki. Heh

Bahan-bahan kek:

80gm tepung gandum*
20gm tepung jagung*
20gm serbuk koko*
1 tsp baking powder*
4 biji telur
1tbsp ovalette
120gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
15g marjerin cair/minyak
20 ml air

ayak bahan bertanda *

Cara-cara:
1. Putar telur, gula, ovalette dan esen vanilla sehingga kembang. (5-10 minit)
2. Kaup balikkan bahan bertanda * secara perlahan-lahan sehingga sebati.
3. Masukkan marjerin cair dan air kemudian kaup balikkan sehingga rata.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris (bahagian bawah sahaja)
5. Bakar pada shuhu 170 darjah celcius selama 40-50 minit atau sehingga kek masak.
6. Sejukkan kek di atas redai dan potong kepada beberapa bahagian.

Bahan-bahan mousse:

White mousse
200gm coklat putih
100ml susu (saya tak letak)
2 biji kuning telur (dipukul)
2 putih telur
60gm gula kastor
250ml whip cream
1 tbsp gelatin
50ml air

Chocolate Mousse
200gm coklat masakan
2 biji kuning telur
2 biji putih telur
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml whip cream
1 tbsp gelatin
50ml air

Cara-cara:
1. Cairkan gelatin secara double boiler.
2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan gelatin diikuti dengan kuning telur dan mentega.
3. putar putih telur dan gula sehingga soft peak. Kaup balikkan ke dalam campuran coklat.
4. Putar whip cream sehingga stiff peak, kaup balikkan dengan campuran coklat sehingga rata.

Ulang langkah di atas untuk membuat mousse putih. Skip bahagian mentega sahaja.

Assemble lah kek anda selang seli dengan warna mousse ya. heh
*mousse ialah dessert yang lembut dan berkrim

OLDNEW
This Owner ♥
Thanks for coming


Welcome

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum :) Hello, you step on my blog, please behave yourself or else get out from here
Status : passing by :)

Talk Here ♥
Leave your footprints


SAY SOMETHING

Followers ♥
U Follow, I Follow


AWESOMENESS

Blog Archieve ♥
Story time

Thank You ♥
Credits


BIG APPLAUSE



Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: jelly (: