fiqaasrul ♥
Kimbap
Sunday, January 22, 2017 • Sunday, January 22, 2017 • 0 comments


Hai blog. Ini merupakan entri yang first untuk 2017 ni and opcos aku suka update pasal makanan. sebab makanan ja yang nda pernah mengecewakan muehehehehehhe. Untuk kali ni aku mau share pasal makanan korea yang selalu aku nampak dalam drama drama. nampak sedap jaa kan dorang makan.

Bahan-bahan:

A
2 mangkuk nasi
2 tbsp cuka makan
2 tbsp gula
1 tsp garam
3 tbsp minyak bijan

B
2 biji telur (digoreng)*
lobak merah*
timun jepun*
1 paket sosej*
1 paket filamen ketam (digoreng)
semua bahan bertanda (*) dipotong secara memanjang)

C
10 keping seaweed

*bamboo korean mat

Cara-cara:
1) Gaulkan kesemua bahan A sehingga semua bahan sebati.
2) Letakkan sekeping seaweed di atas bamboo mat. Lumurkan sedikit minyak bijan. Ratakan nasi secukupnya.
3) Letakkan sosej, filamen ketam, timun, lobak merah dan telur dan gulungkan secara perlahan lahan.
4) Balut kimbap dengan menggunakan plastic wrap.


Maaflah sis tak guna beras jepun jadi nasinya pun berterabur. uhuks yang penting sedap dan halalan toyyiban.

Potato Cheese Ball
Saturday, December 31, 2016 • Saturday, December 31, 2016 • 0 comments


Assalamualaykum!

Harini 31st December 2016 and the last day for this year. so 366/366 aite? Nothing much happen, but alhamdulillah I've faced it all with tears and laughs. Yang penting kita bersyukur kerana masih bernafas dan diberi kudrat olehNya untuk terus menjalani kehidupan. ecewahhh

Tadi bangun pagi terus rasa kelam kabut sebab terfikir yang nda lama lagi balik kampung  hostel. ehh hahaha. Terima ja lah hakikat, walaupun kenyataannya hati ni nda pernah rela untuk duduk sana. Sabarlaaaaa, 2 tahun lagi kemon kemon. Mind set untuk belajar saja supaya cepat habis.I dah tak sanggup sobs sobs. Harap-harap 2017 ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Clichenya ayat haha. Tapi betullah, semua orang pun berharap begitu. kan kan

azam 2017 ialah...kahwin lol. nda bah. aku pun ndatau lah bah berazam azam ni. macam tiada ja rasa.. Dasar nd bersemangat langsung! haha. Yang penting itulaaa, pointer tu. emmmm hope so..

K k nda mau la cerita azam suda. Kemarin I ada buat not so- Potato Cheese Ball hahahaha sebab buatnya pun nda ikut rsepi. main suka hati aku aja. bak kata mak mak main campak-campak aje. Tapi bezanya dengan aku, kalau aku main campak-campak ni, jadinya mau tak mau. Kalau mak mak yang main campak-campak, kalah hotel 5 bintang. kan kan

Cara buatnya simple aje, adik aku pun boleh buat kotttt. nda pakai resepi pun boleh jadiii. bolehlah..

Bahan-bahan:

5biji kentang (direbus dengan sedikit garam)
1 tbsp susu sejat
1 cup tepung gandum
1/2 cup tepung jagung
sedkit daun sup (dicincang halus)
serbuk perasa
cheddar cheese (dipotong dadu)

sedikit telur dan bread crumb

cara-cara
1. Rebus kentang dengan sedkit garam. Setelah itu, sejukkan seketika. Lenyek kentang menggunakan garfu.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, susu sejat, daun sup dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit doh kentang dan leperkan, masukkan cheese yang dipotong dadu. Tutup dan bulatkan.
4. Salutkan dengan telur dan bread crumb.
5. Goreng dengan minyak panas sehingga keperangan.

Senang kan kan. Sedap dimakan panas-panas bersama sos dan mayonis. yumeh








sorry aku bukan masterchef xD platingnya pun kelaut. hiks
adios!

Snow Cheese Cake
Friday, December 30, 2016 • Friday, December 30, 2016 • 0 comments


Assalamualaykum.

Nothing much dan macam biasa cuma mau save resepi and gambar dalam entry kali ni.

Resepi kek span boleh rujuk entry sebelum ini. hiks

Topping:

250g cream cheese tatura/philadelphia
1/2 cup susu pekat
1/4 cup susu cair/UHT 

setengah buku cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Biarkan cream cheese seketika dalam suhu bilik sehingga cheese lembut.
2. Dalam mangkuk adunan, putar semua bahan sehingga sebati.






And inilah hasil potong kek dengan menggunakan benang. Not bad, daripada kek terburai kan.. hiks


Maybe this is the last cake I made for 2016 since cuti i dah nak habesss sobs sobs
2nd January I will be going back to my lovely hostel. nanti jangan rindu akak. Akak mungkin akan busy dan tiada masa untuk update belog. Tunggulah hujung tahun 2017 yaaa itupun kalau aku masih bernafas. heh

Fruit Cake
Thursday, December 29, 2016 • Thursday, December 29, 2016 • 0 comments


Kek lagi kek lagi.

Sumber: husnamathussain Kek span

Bahan bahan:
100g tepung gandum*
60g tepung jagung*
1 tsp baking powder*
1 tbsp ovelette
4 biji telur
2 biji kuning telur
100 g gula kastor
1 tsp esen vanilla
50 g air
75ml minyak

Ayak bahan bertanda *

Cara-cara:
1. Putar telur, kuning telur, gula, ovalette, dan esen vanilla sehingga kembang. (5-10 minit)
2. Kaup balikkan bahan bertanda * secara perlahan-perlahan sehingga sebati.
3. Masukkan minyak dan air kemudian kaup balikkan sehingga rata.
4. Masukkan ke dalam loyang kek yang telah digris (bahagian bawah sahaja).
5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40-50 minit atau sehingga kek masak.


*whipping cream
*fruit cocktail
*fresh fruit

Aku mau kongsi sikit. Kalau mau potong kek kepada beberapa bahagian, potonglah guna benang ya, caranya boleh rujuk blog orang lain XD ada masa aku share hee











Insufficient whipped cream dan buah tak banyak sobs. Comot sikettt
Tangan parkinson memang begini. maafkan daku.
Chive Dumpling
• Thursday, December 29, 2016 • 0 comments


Haritu aku ada buat not so Chinese Chive Dumpling.
Craving tahap babun so aku putuskan untuk buat sendiri. Dijamin halalan toyyiban xD

Resepi
Source: zarifnuhin

Kulit dumpling

140g wheat starch (tepung jagung pun boleh)
30g tepung ubi kayu
1 tsp minyak
280gm air
sedikit gara,

*10-20g tepung ubi kayu

Cara-cara:
1. Campurkan kedua tepung dan garam. Sebatikan.
2. Didihkan air dan sukat mengikut resepi.
3. Masukkan air ke dalam campuran tepung, gaul seketika.
4. Uli ketika doh masih panas bersama bahan bertanda * sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Bahagikan dan canai mengikut citarasa.

Untuk filling, aku main hantam ja hahaha.
Uli panas panas memang bikin tapak tangan melepuh. huhu
Last sekali kukus dengan api besar selama 5 minit.





janji sedap.

Bakerian Products 2016
• Thursday, December 29, 2016 • 0 comments


Sepanjang tahun 2016 ni lah syllabus kami yaaa.



Vacherin (made from egg white/meringue top with whipped cream and fresh fruits)



siapa tak kenal doughnut?



Fruit Torte (layered cake with fruits)




May I say i forgot the name? xd
This is Frozen Souffle.



Deep fried Ice Cream.
alaaa yg goreng 8 saat tu
#kerjacomotbadplating



Sausages Roll.
Siapa nda pernah makan dia tipu.



Bavarian Cream (made from Creme anglaise/ Vanilla sauce base combined with whipped cream)

Holiday be like....
• Thursday, December 29, 2016 • 0 comments


Hai assalamualaikum belog k tadi suda bagi salam -_- hahahhaha. So to-mornight aku mau cerita pasal holiday aku yang sangat holiday sebab di rumah ja. Haha k nda lucu. Dipendekkan cerita holiday aku ni penuh dengan buat kek dan main sama kucing ja. Main sama kucing tu mungkin 70 percent daripada masa yg aku luang selama ni hahaha.

Since I said I ada buat kek soooo I wanna share the gorgeous pic of my cake muahahaha.
Sini mau cerita sikit macam mana aku buat Chocolate Indulgence Cake. Alaa siapa yang selalu makan di Secret Recipe tu confirm tau lah menatang ni macam mana rupa dia, lawa ke idok, sedap ke idok. kan

Bermulalah cerita aku ni buat kek memang tengah malam sudah. Entah kenapa. Kebiasaan suda kali yaa. Buat kek tu ya laa, senang ja tutup mata pun borleeeyyyy tapi tang buat mousse tu ya ampuuuun. Kalau rumah aku ni macam bengkel bolehlah, tapi ni rumah aku. So aku buat mousse pun macam orang baru belajar padahal benda sudah banyak kali buat, hahahaha k.

Bila aku sudah siap (belum assemble kek pun) aku rasa macam pinggang mau patah pun hadooo sbb penaat plus aku sedang ... belum lagi kerja kitchen uolls, bilang mau jadi executive chef. hmmm





Chocolate Indulgence

First attempt dan menjadi. Alhamdulillah tapi kek ni sangat potong kaki. Heh

Bahan-bahan kek:

80gm tepung gandum*
20gm tepung jagung*
20gm serbuk koko*
1 tsp baking powder*
4 biji telur
1tbsp ovalette
120gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
15g marjerin cair/minyak
20 ml air

ayak bahan bertanda *

Cara-cara:
1. Putar telur, gula, ovalette dan esen vanilla sehingga kembang. (5-10 minit)
2. Kaup balikkan bahan bertanda * secara perlahan-lahan sehingga sebati.
3. Masukkan marjerin cair dan air kemudian kaup balikkan sehingga rata.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris (bahagian bawah sahaja)
5. Bakar pada shuhu 170 darjah celcius selama 40-50 minit atau sehingga kek masak.
6. Sejukkan kek di atas redai dan potong kepada beberapa bahagian.

Bahan-bahan mousse:

White mousse
200gm coklat putih
100ml susu (saya tak letak)
2 biji kuning telur (dipukul)
2 putih telur
60gm gula kastor
250ml whip cream
1 tbsp gelatin
50ml air

Chocolate Mousse
200gm coklat masakan
2 biji kuning telur
2 biji putih telur
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml whip cream
1 tbsp gelatin
50ml air

Cara-cara:
1. Cairkan gelatin secara double boiler.
2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan gelatin diikuti dengan kuning telur dan mentega.
3. putar putih telur dan gula sehingga soft peak. Kaup balikkan ke dalam campuran coklat.
4. Putar whip cream sehingga stiff peak, kaup balikkan dengan campuran coklat sehingga rata.

Ulang langkah di atas untuk membuat mousse putih. Skip bahagian mentega sahaja.

Assemble lah kek anda selang seli dengan warna mousse ya. heh
*mousse ialah dessert yang lembut dan berkrim

OLD
This Owner ♥
Thanks for coming


Welcome

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum :) Hello, you step on my blog, please behave yourself or else get out from here
Status : passing by :)

Talk Here ♥
Leave your footprints


SAY SOMETHING

Followers ♥
U Follow, I Follow


AWESOMENESS

Blog Archieve ♥
Story time

Thank You ♥
Credits


BIG APPLAUSE



Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: jelly (: